Pages

Mukaddimah


Dato' Hamrah bin Mohd Ali berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Jawatan terakhir beliau dalam Perkhidmatan Awam ialah Ketua Pengarah, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia. Beliau dilahirkan pada 4 Mac 1960. Diperingkat rendah beliau bersekolah di SK Perol. Diperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong. Beliau adalah graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan University or Leeds,United Kingdom.

Kunjungan ke Agensi Pengurusan Bencana Negara

29 Julai 2019 - Kunjungan hormat Ketua Pengarah AELB, YBhg. Datuk Hamrah bin Mohd Ali bersama barisan pegawai kanan AELB ke Pejabat Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) YBhg. Dato' Mohtar bin Mohd Abd Rahman.

Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk membincangkan kerjasama antara NADMA dan AELB iaitu selaku agensi peneraju berhubung bencana yang melibatkan bahan radioaktif dan nuklear.